Kod QR Cetus Pembelajaran Aktif

Oleh Prof Dr Sidek Ab Aziz & Prof Madya Dr Marzanah Abdul Jabar

Universiti Putra Malaysia

Bermain dengan kod? Pastinya menjadi satu pertanyaan di kalangan pelajar atau pun pengajar? Kod apa hendak dimainkan bagi menjadikan pembelajaran lebih aktif lagi menarik? Boleh ke kita gunakan kod palang (bar code)? Sekadar hendak mencipta kod palang memanglah mudah. Anda  boleh dapatkan perkhidmatan percuma secara online diantaranya seperti berikut:

Pada dasarnya kod palang (bar code) terdiri dari jalur hitam dan putih yang mempunyai ketebalan yang berbeza. Setiap jalur mewakili nombor yang boleh dibaca oleh pengecam laser. Kod palang dapat dibaca walaupun pada permukaan tidak rata. Kod palang terdiri data ringkas yang akan disambung kepada sistem komputer bagi mendapatkan maklumat lanjut atau huraian terhadap produk seperti harga barangan dagangan, perkhidmatan yang diberikan dan sebagainya.  Contoh kegunaan kod palang di sektor pendidikan adalah di perpustakaan bagi mengenalpasti majalah atau buku, masing-masing  melalui nombor ISSN dan ISBN. Maklumat ringkas dalam kod palang boleh juga terdiri dari teks.

Berikut adalah contoh kod palang yang telah dijanakan secara online, namun bilangan aksara yang banyak menjadikan ianya tidak begitu praktikal.

bm1

Lazimnya kandungan pada kod palang tercetak di bahagian bawah atau atas kod. Untuk mengimbas kod ini anda memerlukan pengecam LASER yang dihubungkan kepada rangkaian sistem komputer. Sudah tentulah agak sukar digunakan untuk aktiviti P&P.

Kini, muncul kod yang dkenali sebagai  kod QR (Quick Response) iaitu singkatan untuk kod Respons Pantas merupakan  kod bar matriks tertentu atau kod 2D yang boleh dibaca oleh pembaca kod bar QR khusus atau  telefon pintar yang dilengkapi kamera. Kod ini terdiri daripada modul hitam disusun dalam corak persegi pada latar belakang putih. Maklumat dikodkan mungkin teks, URL, atau data yang lain. Semakin banyak maklumat, semakin rumitlah gambar kod QR yang dihasilkan. Namun yang menarik adalah apabila maklumat yang terkandung dalam kod mengandungi URL, secara pantas laman web berkenaan akan dipautkan.

 

BM2

Apalah maklumat yang terkandung dalam siri kod QR ini? Untuk mengetahuinya sila halakan tefon pintar, iPAD atau gadget android yang mempunyai aplikasi pembaca kod QR kepada satu persatu gambar-gambar  ini.

 

Cadangan Penggunaan  kod QR dalam P&P

Kita boleh menggalakan pelajar mencipta kod QR mereka yang dapat dihubungkan ke resume, portfolio atau laman web mereka. Dengan yang demikian kita mampu memberi galakan dan inovasi untuk pelajar menghasilkan penulisan teknikal yang lebih berkualiti.

Pengajar boleh menghasilkan kod QR yang dihubungkan ke contoh penyelesaian, tugasan, URL, laman web atau terus ke persembahan YouTUBE.

Integrasi QR dengan aktiviti PBL or atau projek dimana pelajar boleh menghasilkan kod yang dapat dihubungkan dengan kandungan yang telah dihasilkan secara berkumpulan.

Kod QR mampu menggerakkan inisiatif persekitaran hijau seperti mengurangkan penggunaan cetakan kertas, dengan pensyarah memberikan QR kepada pelajar untuk mereka merujuk kepada arahan, pengumuman atau tugasan.  Hal ni akan menjimatkan ruang dan menjadikan perjalanan kuliah mesra hijau.

Pensyarah boleh melakukan aktivit P&P seperti Treasure Hunt dengan meletakkan kod QR di pelbagai lokasi di ruang pembelajaran yang membawa pelajar berinteraksi ke aktiviti pembelajaran secara online, videos atau kandungan interaktif.

Pelajar juga boleh menyemak jawapan mereka dengan mengimbas kod QR seusai ujian atau tugasan.  Sebagai pengajar anda boleh membuat pemantauan secara visual apabila pelajar menyemak tugasan mereka serta bagaimana tugasan mereka telah diselesaikan.  Ini membolehkan pengajar memantau pembelajaran individu dan seterus memberi ruang untuk pelajar membuat refleksi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s